| Saya ingin menyemak frasa berikut 1) ISI KEMERIAHAN PERJALANAN ISI SEMUA SEKALI | INI BARU MESRA 2) ISI MINYAK, RASAI KEMERIAHAN INI BARU MESRA 3) ISI MINYAK DAN KEMERIAHAN INI BARU MESRA | Kami mencadangkan penambahbaikan slogan, seperti yang berikut: Isi Minyak dan Nikmati Kemeriahan Perkhidmatan Mesra Kami! Perkataan Mesra perlu dihuruftebalkan atau diletakkan tanda petik (“Mesra”) kerana perkataan Mesra merujuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Petronas. | Lain-lain | 17.12.2025 |
| Frasa “Isi Kemeriahan” merupakan kesinambungan daripada kempen sedia ada yang menggunakan struktur “Isi + kata nama” seperti Isi Minyak dan Isi Ganjaran. Dalam kempen ini, ia digunakan secara metafora untuk menggambarkan pengisian pengalaman perayaan yang meriah dan mudah difahami oleh khalayak. Penggunaan frasa ini mengekalkan konsistensi bahasa dan identiti kempen tanpa menjejaskan kejelasan mesej. | Frasa “Isi Kemeriahan” tidak sesuai digunakan dalam konteks kandungan iklan tersebut. Perkataan “isi” bermaksud kandungan, manakala “kemeriahan” membawa maksud perihal sesuatu yang meriah. Perkataan “kemeriahan” apabila digandingkan dengan kata kerja “isi” tidak sesuai dan tiada makna yang boleh dikaitkan dengan konteks iklan tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan tuan/puan untuk menggunakan frasa lain yang lebih jelas maknanya, seperti “Nikmati Kemeriahan” atau “Alami Kemeriahan”. Kami mencadangkan pembetulan, seperti yang berikut: “Nikmati kemeriahan, ini barulah Mesra!” “Alami kemeriahan, inilah dikatakan Mesra!” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 842 dan 1455. | Lain-lain | 15.12.2025 |
| Dalam kemeriahan menyambut Hariraya Aidil Fitri yang mulia ini,marilah kita juga saling bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran. - Betul ke penggunaan ayat ini? | Ayat itu salah, yang betul ialah - Dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran. | Tatabahasa | 08.08.2008 |
| APAKAH PERBEZAAN RAMAI DENGAN BANYAK? | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu. | Lain-lain | 08.04.2010 |
| 1. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan. 2. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b) berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, morfem dibahagikan kepada dua iaitu bebas dan terikat. Harta dan kahwin ialah morfem bebas dan hartawan serta perkahwinan ialah morfem terikat. Morfem terikat mengandungi dua morfem. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas dan boleh menerima awalan, akhiran dan apitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 43, 44 535, 596 dan lain-lain. 2. Misalan, berterbangan, memperjuangkan, menterbalikkan dan kemeriahan ialah contoh morfem terikat dan terdiri daripada dua morfem. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
| adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan. | Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana di dalam dewan itu penuh kemeriahan. | Makna | 17.03.2008 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "iyang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - 2 Tahun Minyak Percuma!* - Hanya belanja menggunakan Setel atau tekan nombor telefon - Minimum RM50 seminggu - Minimum RM10 seminggu - Isi Kemeriahan - Ini Baru Mesra - Imbas kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk ketahui lebih lanjut | Ayat pengiklanan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan ialah: 2 Tahun Minyak Percuma! Hanya perlu belanja melalui Aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon. Minimum RM10 - RM50 (seminggu) Nikmati Kemeriahan, Ini Baru Mesra. Imbas Kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2025 |
| Betul atau tidak penggunaan 'ramai' sebagai adjektif untuk 'keluarga' dalam ayat ini, "Menjadi pilihan ramai keluarga." Apakah adjektif yang sesuai digunakan untuk menggantikan 'ramai', jika saya gunakan 'banyak'? | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan, manakala perkataan banyak boleh digunakan bagi maksud bilangan. Berdasarkan makna tersebut "pilihan ramai/banyak keluarga" boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.03.2016 |
| merujuk kepada arkib soalan No. 78:, saya ada kekeliruan: "Ramai" - kata bilangan ? kata adjektif yang menggambarkan keadaan? Sekiranya 'ramai' bukan kata bilangan, maka "ramai" orang adalah salah Terima kasih | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi ayat tersebut. Ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu. | Lain-lain | 03.10.2010 |
| Saya ingin bertanyakan tentang maksud dua perkataan ini iaiti "ramai" dan "banyak". Semasa saya belajar dulu, banyak ditakrifkan sebagai bilangan atau jumlah tak kira benda itu hidup atau mati, manakala ramai pula ditakrifkan sebagai mengambarkan suasana. Saya agak kurang faham kerana penggunaan "ramai" sekarang seolah-olah untuk benda hidup dan "banyak" untuk untuk benda mati | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu. | Makna | 11.04.2010 |