Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mis] | کميس

Definisi : ; berkemis, mengemis meminta sede­kah, meminta-minta: negeri ini tidak sekali-kali akan ~ pd mana-mana kuasa utk mendapatkan bantuan; perempuan tua itu terpaksa ~ utk hidup; pengemis peminta sedekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mis] | کميس

Definisi : ; mengemis meminta-minta kerana miskin dll; meminta sedekah: Perempuan tua yg miskin itu terpaksa ~ utk hidup. pengemis orang yg mengemis; peminta sedekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berhubungan dengan soalan saya tentang "beggarweed = rumput kemis?" bertarikh 23/11/2024, ianya rumpai yang tergolong dalam genus Desmodium. Saya juga ada periksa laman MyBis.gov.my yang kata D. triflorum = Rumput Sisik Tenggiling. Bolehkah beggarweed diterjemah ke rumput kemis atau guna padanan ini? Terima kasih sangat-sangat kerana membantu.Justifikasi dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan pada 17 Jun 2025.Penyemakan dan penterjemahan12.01.2025
Bolehkah nama pokok asing diterjemahkan terus? Mis beggarweed - rumpai kemis.Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies rumpai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain23.11.2024

Kembali ke atas