saya ingin mencari peribahasa yang berkaitan dengan "kemiskinan". Terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hassan. Antara peribahasa yang berkait dengan kemiskinan yang terdapat dalam buku itu ialah Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. Peribahasa ini bermaksud hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Lain-lain | 13.01.2008 |
Salam sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma selepas frasa 'ibu Adam' dalam ayat berikut? - "Juliana, ibu Adam, tertekan dengan kemiskinan." - Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "Juliana, ibu Adam tertekan dengan kemiskinan." | Tatabahasa | 12.12.2019 |
terdapat golongan di negara kita yang hidup kemiskinan sedangkan ekonomi negara kita maju... apakah peribahasa dalam situasi di atas? | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang? | Walaikummussalam, Saudara, 1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah menentukannya berdasarkan kehendak kajian. 2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik. sekian, terima kasih. | Sastera | 26.01.2011 |
salam 1 Malaysia, 1. Apakah penggunaan kata 'ke lima' (dijarakkan atau dekat) dalam ayat berikut sesuai digunakan? contoh ayat : faktor yang ke lima yang menghalang pelajar datang ke sekolah adalah kerana kemiskinan. 2. apa beza murid dengan pelajar? adakah penggunaan murid/pelajar dalam ayat berikut betul: contoh ayat : pelajar di sekolah rendah lebih mudah menerima nasihat daripada murid sekolah menengah. sekian terima kasih | 1. Faktor kelima yang menghalang pelajar datang ke sekolah ialah kemiskinan. 2. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.
| Tatabahasa | 02.03.2015 |
Apakah perbeaan antara tercekik dan tersedak? | Mengikut Kamus Dewan, tercekik diberikan 3 makna, iaitu 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. (makna kiasan)tertekan (oleh kemiskinan dan lain-lain). Manakala tersedak pula diberikan makna terbatuk-batuk atau terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan dan lain-lain). | Makna | 18.08.2014 |
pemikiran dalam novel shahnon ahmad | Pemikiran yang dibawa oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, antaranya: 1. Politik - Perdana, Patriach, Tunggul-tunggul Gerigis. 2. Sosial (kemiskinan) - Ranjau Sepanjang Jalan. 3. Kasih sayang anak kepada ibu (orang tua) - Ibu Adalah Sebagai Pentafsir. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 25.07.2009 |
1.Apakah perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah" 2.Contoh penggunaan perkataan tersebut dalam ayat | Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan. | Tatabahasa | 31.10.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN... Boleh berikan saya maksud dan contoh ayat bagi kedua-dua ayat di atas? | Ayat topik ialah ayat yang mengandungi idea utama dalam sesuatu teks atau penulisan. Ayat huraian ialah ayat yang menghuraikan idea tersebut. Cth. kadar kemiskinan meningkat.(ayat topik). Peningkatan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ... . | Tatabahasa | 07.04.2008 |
Mengapakah perkataan 'kan' tidak boleh digunakan sebelum perkataan tentang. Contohnya, petikan diatas menunjukkan tentang. | Sesuatu kata apabila mendapat imbuhan meN yang membentuk kata kerja transitif, maka kata ini tidak diikuti dengan sebarang kata sendi seperti tentang, tetapi diikuti terus oleh objek. Contoh, Buku itu menerangkan isu kemiskinan. Isu tersebut menggambarkan keadaan sebenar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 19.07.2007 |