Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.pas] | کمڤس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Koompassia malaccensis; ~ roman sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedon­dong matahari, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pas] | کمڤس

Definisi : ; ~-kempis turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang kempis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pas] | کمڤس

Definisi : nama sj pokok yg tinggi dan keras kayunya, Koompassia malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.pas] | کمڤس

Definisi : ; ~-kempis turun naik dada ketika bernafas; kembang kuncup (hidung dsb); kembang kempis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kempas

Puisi
 

Ambil kapak tebang ke kempas,
     Batang selasih condong ke lubuk;
Tunang orang janganlah rampas,
     Nantilah keris makan rusuk.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana saya ingin menyesuaikan perkataan KEMPAS dengan TAMAN KEMPAS JAYA? Apakah ikon yang sesuai untuk TAMAN KEMPAS tersebut yang sesuai dengan makna perkataan KEMPAS itu? Apakah 'Pokok Kempas' atau sebaliknya?Perkataan kempas bermaksud i. sejenis tumbuhan(pokok) ii. - kempis turun naik(dadanya), mengah-mengah(nafasnya), kembang kempis.  Ikon yang sesuai ialah pokok atau tumbuhan.  Sila jelaskan soalan  yang pertama. Walau bagaimanapun penamaan kawasan tersebut boleh menjadi taman Kempas Jaya, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Murni dsb. bergantung pada konsep dan keadaan yang hendak ditampilkan.     Makna12.02.2009

Kembali ke atas