Tuan, Saya ingin mengetahui ejaan yang betul untuk Kempen anti-Dadah / Kempen Antidadah / Kempen Anti Dadah? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Kempen Antidadah. | Ejaan | 11.08.2010 |
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendah | Penggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"? | Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika. | Tatabahasa | 26.06.2011 |
"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat? | Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll). | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih. | Salam Encik Musa, Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat. | Ejaan | 24.08.2012 |
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok? | a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokok | Tatabahasa | 14.02.2007 |
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan. | 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat. 3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Salam sejahtera. Ayat di bawah manakah yang betul. a. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar. b. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sekian terima kasih. | Ayat yang lebh tepat ialah "Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar." | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian. | Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Tuan, Mana yang betul: Kempen Anti-Kutu Sampah ( ada tanda sangkang ), atau Kempen Anti Kutu sampah ( tiada tanda sangkang) Terima kasih. | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Betul - Antikutu sampah | Tatabahasa | 13.08.2012 |