Apakah jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut. Bola itu menjadi _____________ kerana telah bocor. kempis atau kemik? | Bola itu menjadi kempis kerana telah bocor. | Lain-lain | 30.06.2015 |
Bagaimana saya ingin menyesuaikan perkataan KEMPAS dengan TAMAN KEMPAS JAYA? Apakah ikon yang sesuai untuk TAMAN KEMPAS tersebut yang sesuai dengan makna perkataan KEMPAS itu? Apakah 'Pokok Kempas' atau sebaliknya? | Perkataan kempas bermaksud i. sejenis tumbuhan(pokok) ii. - kempis turun naik(dadanya), mengah-mengah(nafasnya), kembang kempis. Ikon yang sesuai ialah pokok atau tumbuhan. Sila jelaskan soalan yang pertama. Walau bagaimanapun penamaan kawasan tersebut boleh menjadi taman Kempas Jaya, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Murni dsb. bergantung pada konsep dan keadaan yang hendak ditampilkan. | Makna | 12.02.2009 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung. | Tatabahasa | 07.08.2012 |
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut. | Maksud perkataan berdenyut ialah mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyut | Tatabahasa | 07.12.2015 |
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA? | Saudara Mohd. Iqbal, Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
Salam sejahtera. Adakah tertikam dan tertusuk boleh diterima? Apakah perbezaan antara dua perkataan ini?Mohon tuan / puan dapat memberi penjelasan untuk soalan-soalan tersebut. Sekian, terima kasih. | Tertikam biasanya dengan benda tajam seperti pisau, keris; manakala tertusuk pula dengan barang yang runcing lagi tajam seperti penyemat, jarum, paku. Kamus Dewan memberikan maksud pancit menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah (berkaitan tayar kereta, basikal). | Makna | 14.05.2014 |