Mohon disemak penggunaan bahasa dalam iklan yang disertakan. Bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan mempromosikan kemudahan-kemudahan sukan dibawah pentadbiran Lembaga Sukan Negeri Sabah. | Sila buat pindaan seperti yang berikut: 1. Singkatan ejaan Tel. : 2. Frasa Tertakluk pada terma dan syarat | Tatabahasa | 07.05.2012 |
SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN? | Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 17.09.2013 |
Apa yang di maksudkan Kemudahan awam? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kemudahan awam ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya. | Makna | 16.01.2009 |
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter" | Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...", 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" . | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ? | Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul. | Makna | 19.11.2008 |
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan. | Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira. | Lain-lain | 19.11.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih. | Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar | Encik Noraidi, Dalam menentukan nama sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira. Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan". Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi, jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang. Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan. | Makna | 12.04.2013 |
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Tatabahasa | 07.09.2011 |