Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awamKemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme.Makna09.02.2008
Apa yang di maksudkan Kemudahan awam?

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kemudahan awam ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya. 

Makna16.01.2009
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih.Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa11.02.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai tanda baca koma (,). Adakah betul jika tanda koma diletakkan sebelum perkataan dan? Contoh ayat: ...perlombongan, ladang, dan kemudahan awam. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Contoh ayat....perlombongan, ladang, dan kemudahan awam - tanda koma di sini adalah betul.
Tatabahasa10.01.2019
Pola ayat : Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. Tatabahasa 25.01.2011 Hotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif Tatabahasa 02.03.2011 Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa 11.02.2011 Pada pendapat saya, jwp bagi ketiga-tiga ayat di atas (dipetik drp halaman Khidmat Nasihat DBP) salah. Berwarna & bertaraf kedua-duanya merupakan kata kerja. Oleh itu, pola ayat sepatutnya FN + FK Terima kasih. Drp: Cikgu ChowPenerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa18.08.2015
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan?Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur.Tatabahasa18.12.2015
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan.Istilah16.08.2018
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar

Encik Noraidi,

Dalam menentukan nama  sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa  (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira.  Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan".

Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi,  jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya  jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll);

kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang.

Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan  tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut.

 

Tatabahasa10.06.2009
Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima KasihTerima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi.Lain-lain30.10.2015
12

Kembali ke atas