Adakah penggunaan 'kemudian' perlu diikuti dengan tanda koma? Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. -kemudian atau -kemudian, | Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya ... tidak lama kemudian, adiknya muncul di hadapan rumah ... dan ... kemudian terdengar dentuman bom jatuh bertubi-tubi .... | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai soalan yang saya ajukan terdahulu, mengenai penggunaan "kemudian" atau "dan kemudian" untuk merujuk kepada "and then". Laras teks bagi penggunaan kata tersebut merupakan teks berbentuk panduan seperti buku resipi atau manual. Contoh: Ayakkan tepung dan kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut. Dalam konteks di atas, adakah penggunaan "kemudian" sahaja sudah memadai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan? Terima kasih. | Dan serta kemudian kedua-duanya kata hubung. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, gunakan salah satu daripada kata hubung yang tersebut. Ayakkan tepung dan tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut atau Ayakkan tepung kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut. | Tatabahasa | 29.05.2015 |
Perlukah (ataupun Wajibkah) tanda koma diletakkan selepas perkataan 'kemudian' dan 'kini' untuk sesuatu ayat? Bilakah tanda koma perlu digunakan selepas 'kemudian' dan 'kini'? Contoh: Kemudian, rubah itu melompat beberapa kali. Kemudian, dia duduk di atas kerusi itu. Kini, budak penggembala biri-biri menyesal akan perbuatannya itu. Kini, dia telah menolong saya pula. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian. Terima kasih. | Selepas kedua-dua kata tersebut tidak perlu ditulis tanda koma, sebaliknya terus sahaja dengan perkataan yang mengikutinya seperti Kemudian dia duduk di atas kerusi itu. | Ejaan | 31.12.2011 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata " dan kemudian" yang merujuk kepada "and then", adakah penggunaan "dan kemudian" bersifat lewah dan penggunaan "kemudian" sudah memadai untuk merujuk "and then"? Saya juga ingin mengetahui tentang penggunaan tanda baca koma "," sebelum perkataan "kemudian", adakah penggunaan tanda baca ini perlu? Contohnya: Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku, kemudian ketik imej tersebut. atau Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku kemudian ketik imej tersebut. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih | Frasa and then diterjemahkan kepada kemudian. Dalam hal ini perlu juga melihat fungsi kata hubung "dan" di dalam konteks tersebut. Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. Adakah unsur yang sama antara kemudian dengan kata sebelumnya? Tanda koma sebelum kemudian boleh diletak ataupun ditiadakan. | Tatabahasa | 29.05.2015 |
Assalamualaikum.Saya mahu tanya.Adakah penggunaan KEMUDIAN diadalam ayat ini betul atau salah.Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap..terima kasih | Penggunaan kata "kemudian" dalam konteks ayat tersebut tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata kemudian dalam ayat sila lihat contoh di laman web kami kemudian">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemudian. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
Assalamualaikum... Sebelum dan selepas kata "kemudian" perlu diletakkan tanda koma (,) atau tidak? Contoh ayat: 1. Beliau menakluk Bukhara, kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan menyerang Kawarisma. 2. Kemudian, ayam dimasukkan ke dalam kuali. | Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat. Dalam contoh ayat yang diberi, tanda koma dalam ayat pertama, betul penggunaannya manakala dalam ayat kedua, tidak betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 64-69. | Tatabahasa | 14.02.2017 |
Assalamualaikum..nak tanya penggunaan kemudian dalam ayat ini betul atau tidak..Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap...terima kasih | Ayat "Ibu duduk di atas kerusi kemudian terlelap" betul. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
Salam, apakah arahan soalan yang sesuai dan betul? 1. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat dalam bentuk grafik. 2. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik. Terima kasih. | Ayat yang sesuai "Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik". | Tatabahasa | 18.12.2013 |
"Beberapa bulan kemudian, padi mula menguning","Beberapa bulan kemudian, padi mulai menguning". Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan di antara "mula" dengan "mulai" dan bagaimanakah penggunaannya? Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? Beberapa bula kemudian, padi mulai menguning. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu. | Lain-lain | 23.10.2014 |
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih. | Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan. Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. 'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 16.01.2013 |