Adakah penggunaan 'kemudian' perlu diikuti dengan tanda koma? Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. -kemudian atau -kemudian, | Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya ... tidak lama kemudian, adiknya muncul di hadapan rumah ... dan ... kemudian terdengar dentuman bom jatuh bertubi-tubi .... | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Perlukah (ataupun Wajibkah) tanda koma diletakkan selepas perkataan 'kemudian' dan 'kini' untuk sesuatu ayat? Bilakah tanda koma perlu digunakan selepas 'kemudian' dan 'kini'? Contoh: Kemudian, rubah itu melompat beberapa kali. Kemudian, dia duduk di atas kerusi itu. Kini, budak penggembala biri-biri menyesal akan perbuatannya itu. Kini, dia telah menolong saya pula. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian. Terima kasih. | Selepas kedua-dua kata tersebut tidak perlu ditulis tanda koma, sebaliknya terus sahaja dengan perkataan yang mengikutinya seperti Kemudian dia duduk di atas kerusi itu. | Ejaan | 31.12.2011 |
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih. | Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan. Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. 'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih. | Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. | Tatabahasa | 03.02.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan " kemudian" dengan "lalu"? Terima kasih. | Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. Penggunaan kata hubung tersebut sama. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi atau di destinasi. | Ayat yang betul ialah "Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi". ke - menunjukkan tempat atau arah yang dituju | Tatabahasa | 03.07.2011 |
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian | Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 08.10.2009 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"? | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 11.07.2007 |
(1) Dia baharu mendapat cahaya mata. (2) Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Adakah perkataan (1) baharu dan (2) baharulah dalam ayat (1) dan (2) perlu ditukar menjadi (1) baru dan (2) barulah? | Yang betul ialah: Dia baru mendapat cahaya mata. Kemudian barulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Baru merujuk kepada tempoh masa, manakala baharu membawa maksud new dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.07.2007 |
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasih | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 24.05.2010 |