Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mut] | کموت

Definisi : ; kemut-kemut, mengemut, terkemut­-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (spt mulut kanak-kanak yg menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung­-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mut] | کموت

Definisi : ; mengemut mencengkam sesuatu dgn gerakan yg mengembang dan menguncup (spt keadaan mulut kanak-kanak ketika menyusu dll): Kebanyakan anak kecil suka ~ puting. terkemut-kemut bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (spt mulut kanak-kanak ketika menyusu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemut
Kata Terbitan : mengemut, terkemut-kemut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tqDalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut­-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung­-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut..

Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah  "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya."
Tatabahasa11.09.2013

Kembali ke atas