justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut. | Makna | 07.04.2012 |
Bagaimanakah hendak menggunakaan " Justeru " dalam ayat. | Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat, kena benar. Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan,bahkan: Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia , justeru saya puji dia. | Tatabahasa | 14.05.2008 |
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN JUSTERU? | "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini egkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan. Contohnya dlm ayat: "Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya." Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas. | Lain-lain | 28.05.2010 |
Apa makna justeru dan macam mana untuk menggunakan perkataan ini dalam karangan? | Justeru membawa maksud kebetulan, tepat, kena benar: contoh penggunaannya, kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? Dan justeru juga membawa maksud malahan, bahkan: contohnya, sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
apakah makna sebenar perkataan "Justeru"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. | Istilah | 14.01.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang penggunaan kata hubung atau penanda wacana (kurang pasti) "Justeru" yang betul | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, "justeru" bermaksud kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini egkau harus pergi?" Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". | Tatabahasa | 02.04.2010 |
Adakah perkataan "justeru" bermaksud "oleh itu"? Jika melihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, tiada maksud "oleh itu" untuk perkataan justeru. | "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan. Contohnya dalam ayat: "Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya." Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas. | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih. | Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Mohon jelaskan frasa "justeru" dan "justeru itu". Saya sering keliru penggunaannya dalam surat rasmi. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Benarkah perkataan "justeru" tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana dalam penulisan karangan? Tolong jelaskan cara penggunaan perkataan tersebut ( dengan beberapa contoh ) supaya kami tidak mengulangi kesilapan penggunaannya pada masa akan datang. | Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat,kena benar. 2. malahan,bahkan.Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah,adil,jujur dan saksama. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penanda wacana. | Tatabahasa | 01.08.2008 |