Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nang] | کنڠ

Definisi : timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menim­bulkan kembali dlm fikiran (ingatan), mem­bayangkan kembali serta memikirkan, meng­ingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegem­biraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau men­jadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg di­kenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat meng­ingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nang] | کنڠ

Definisi : ; mengenang mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. mengenangkan menimbulkan kembali dlm ingatan; mengingat sesuatu: Sedih hati Bidin ~ nasib dirinya yg tidak mempunyai ayah lagi. terkenang teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. kenangan 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Tidak dapat dikenang-kenang,
     Kalau dikenang mabuk kepayang;
Jangan disangka airnya tenang,
     Tempat di situ buaya berenang.


Lihat selanjutnya...(34)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kamiYang betul ialah 'akan kami kenang'.Tatabahasa06.08.2008
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH.Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon.
ii. Penggandaan separa kata berimbuhan
   berlari = berlari-lari
   kenang= kenang-kenangan
   kuning = kekuning-kuningan

Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.

Tatabahasa03.10.2014
1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. a. demi b. sebagai c. bagi d. di Jawapan yang akan saya pilih ialah b. jawapan yang di beri ialah c. Bolehkah tuan tolong terangkan? 2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. a. terlalu b. kurang c. agak d. sekali. Tuan, yang manakah satu ialah jawapan yang paling sesuai. tolong terangkan. sekian terima kasih

1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. - Perkataan demi, sebagai dan bagi boleh membawa maksud untuk tetapi jawapan yang paling tepat ialah sebagai yang membawa maksud menjadi .

2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. Jawapan yang tepat ialah terlalu (terlampau) atau agak (anggapan), kurang - merujuk perbandingan dan sekali - merujuk penghabisan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.

Tatabahasa08.12.2009
Saya ingin dapatkan istilah dan makna yang tepat untuk perkataan : Komemoratif. Harap maklum, dan terima kasih.Commemorative bermaksud peringatan atau kenang-kenangan.Lain-lain17.07.2019
saya nak faham maksud sebenar hemper. bentuk hemper dan apa perbezaannya dengan hadiah.Mengikut Kamus Dewan ialah Hamper ialah sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sbg hadiah). Hadiah ialah pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll)Makna16.11.2007
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan di bawah; Akan dikau dalam kenanganku selama-lamanya. Adakah ayat ini betul? Terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan kata sendi "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contoh: Wanita itu amat rindu akan anaknya. Selain itu, ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. Contoh: Wanita itu amat rindukan anaknya.

Jadi, ayat yang betul "Aku akan kenang dikau selama-lamanya".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.03.2019

Kembali ke atas