Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu?Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu.Tatabahasa05.04.2007
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.Tatabahasa02.03.2019
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Harap dapat penjelasan terperinci kenapa ayat di bawah salah: 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. Atas penjelasan tuan itu, didahului dengan ucapan terima kasih. Izani b. Hj. Daud.1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. - subjek ayat tidak perlu didahului kata kejadian.  
2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. - kata menceritakan tidak tepat dari segi makna ayat, sebaliknya ganti dengan perkataan lain seperti ... mengimbau kenangan ketika beliau ... 
3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. - Ayat pasif diri pertama tidak menerima bentuk pasif di-... + oleh seperti kata ganti nama diri ketiga.
4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. - memperindah, bukan memperindahkan
Tatabahasa08.03.2012
1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. a. demi b. sebagai c. bagi d. di Jawapan yang akan saya pilih ialah b. jawapan yang di beri ialah c. Bolehkah tuan tolong terangkan? 2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. a. terlalu b. kurang c. agak d. sekali. Tuan, yang manakah satu ialah jawapan yang paling sesuai. tolong terangkan. sekian terima kasih

1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. - Perkataan demi, sebagai dan bagi boleh membawa maksud untuk tetapi jawapan yang paling tepat ialah sebagai yang membawa maksud menjadi .

2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. Jawapan yang tepat ialah terlalu (terlampau) atau agak (anggapan), kurang - merujuk perbandingan dan sekali - merujuk penghabisan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.

Tatabahasa08.12.2009
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?)Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). Tatabahasa22.02.2019
1.Perbezaan dan makna di antara Cenderahati dengan Cenderamata? 2. Dalam majlis rasmi, mana yang lebih sesuai digunakan bila meibatkan pemberian tanda kenangan kepada tetamu kehormat? 3. Dieja Cendera mata atau cenderamata? Dieja Cendera hati atau cenderahati?Ejaan yang betul ialah cenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan.Ejaan03.10.2014
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib.Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005Lain-lain23.09.2007
12

Kembali ke atas