Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kata tanya yg digunakan utk menanyakan sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenapa (kata tugas)
Bersinonim dengan kena apa, sebab apa, mengapa, apa hal.,

Puisi
 

Daun kerikil daun maman,
     Ketiga dengan daun cempa;
Kenapa tuan tegak di laman,
     Naik ke rumah tuan kenapa?


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-)Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.Tatabahasa09.02.2010
Kenapa perkataan yang betul ialah istirahat sedangkan perkataan asal diambil daripada rehat-berehat.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.Ejaan28.04.2020
Kenapa ejaan perkataan "مندي" tiada huruf vokal 'alif' pada suku kata pertama?Suku kata pertama bagi perkataan مندي (mandi) terdiri daripada suku kata tertutup yang menunjukkan bunyi bagi huruf a, vokalnya tidak diwakili huruf dalam ejaan jawi. Oleh yang demikian, tidak perlu huruf alif, sebaliknya hendaklah dieja dengan menggunakan huruf-huruf konsonan yang berkenaan.Ejaan14.04.2020
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih

Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang
Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain15.07.2019
kenapa susah nak apply pengesahan ejaan menggunakan sistem online ?Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Namun begitu, kami sentiasa memantau dan menambah baik sistem perkhidmatan sah bahasa secara dalam talian.Lain-lain12.03.2019
kenapa perkata budaya بودايا ada alif diakhirnya?Mengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي  dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi.Ejaan08.10.2018
Kenapa terjemahan untuk folic acid ialah folik asid bukan asid folik? (Rujukan PRPM)Folik asid ialah vitamin B kompleks, bukan sejenis asid. Folik asid bukan seperti asid amino, iaitu sejenis asid.Penyemakan dan penterjemahan20.09.2017
kenapa saya ingin memohon tapi dalam prmohonan tidak boleh masukJika permohonan iklan yang tuan maksudkan, sila kemukakan permohonan melalui laman baharu www.dbpsahbahasa.my dan sebarang masalah teknikal boleh hubungi pegawai kami melalui talian 03-21479389/9398/9377.Lain-lain18.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas