Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenapakah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapakah "hal ini kerana" tidak boleh digunakan dalam ayat?"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa19.08.2022
Kenapakah kata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir di dalam satu ayatKata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir bersama-sama di hadapan dan di belakang kata adjektif dalam satu ayat kerana kata penguat hadapan atau kata penguat belakang  sudah lengkap menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 259 - 260) Tatabahasa10.08.2022
Kenapakah terdapat perbezaan ejaan 'diraja' bagi Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia? Adakah terdapat perbezaan ejaan DiRaja dan diraja tersebut?Ejaan yang betul ialah Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkataan Diraja dalam konteks ini merujuk pada hak (milik, dinaungi oleh) raja, sama seperti Askar Melayu Diraja.Ejaan12.09.2018
Kenapakah istilah purushotama tidak diterbitkan.ia disebabkan kerana perkataan ini boleh dipinjam dari perkataan jawa.contoh perkataan yang dbp dikemaskini adalah paripurna,pawitera,tunabusana,wisesa,swadarma,adiningrat,bupati,narapat,sita boleh dicetak kenapa purushotama tidak diterbit.Untuk makluman tuan, perkataan baharu dimasukkan dalam data kamus atau istilah yang dibina berdasarkan keperluan pengguna. Jika DBP dibekalkan dengan maklumat yang lengkap, sebarang kata boleh dimasukkan dalam data dan ini amat baik untuk menambah perbendaharaan kata Bahasa kita. Bahasa Melayu bahasa sepunya rakyat Malaysia dan DBP sendiri mengalu-alukan sumbangan pengguna bahasa untuk mengayakan bahasa kita.Lain-lain18.05.2018
Kenapakah kata "qiamat" ditukar ejaannya kepada "kiamat"? Sedangkan kata "Quran" dikekalkan? Soalan ini pernah diajukan kepada saya ketika satu perbincangan bahasa bersama rakan saya di IPG. Soalan ini rentetan daripada hujah rakan saya berkaitan dengan pertukaran makna pada sesuatu kata. Rakan saya mengaitkan perkara ini sama seperti kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, sekiranya berlaku pertukaran ejaan, akan berubah maknanya. Jadi, apakah jawapan yang lebih jelas berkaitan dengan hal ini?Ejaan "kiamat" disesuaikan mengikut pedoman Transliterasi Arab-Rumi, manakala kata al-Quran dianggap sebagai kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dengan huruf yang melambangkan huruf qaf dalam bahasa Melayu. Kami tidak menafikan kemungkinan wujud perubahan makna apabila ejaannya diubah, tetapi kita harus faham dan melihat keseluruhan konteks perbincangan. Contohnya, jika kita merujuk hari kebangkitan tidak mungkin kita merujuk kepada makna yang lain selain hari kiamat.Ejaan28.08.2011
kenapakah perkataan 'memperkasakan' adalah salah dari segi tatabahasa?Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa, bukan apitan memper-...-kan dengan kata adjektif.Tatabahasa10.02.2011
kenapakah perkataan 'mempertingkatkan' adalah salah dari segi tatabahasa?Kata mempertingkatkan adalah betul kerana kata tingkat bukan kata adjektif yang tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam jawapan sebelum ini.Tatabahasa09.02.2011
Kenapakah pola ayat di bawah ialah Frasa Nama + Frasa Kerja dan bukannya Frasa Nama + Frasa Adjektif? Kuda itu berlari pantas.Pola ayat Kuda itu berlari pantas ialah Frasa Nama + Frasa Kerja - berlari ialah kata kerja dan pantas ialah adverba. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 385.Tatabahasa23.01.2011
kenapakah perkataan :oleh kerana" tidak boleh digunakan dalam ayat tetapi perkataan "oleh sebab boleh digunakan'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'.Lain-lain30.09.2010
Kenapakah masa kini sudah banyak terdapat iklan-iklan besar samada disepanjang lebuhraya atau dipersimpangan jalan di bandaraya ditulis hanya dalam Bahasa Inggeris? Tanggong jawab siapakah memantau atau menegur perbuatan ini? Adakah DBP, PBT atau kerajaan negeri.? contoh iklan Ambank. Mana letaknya martabat bahasa Kebangsaan kita? Sekian harap maklum dan terima kasih.Sdr Mat2162, terima kasih atas keprihatinan sdr. untuk pengetahuan sdr. tanggung jawab ini terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun rasa cintakan bahasa itu sepatutnya ada pada setiap warga Malaysia dan seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam perlembagaan telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya hendaklah diutamakan . Terima kasih.Tatabahasa04.12.2007
1234

Kembali ke atas