Tolong semak ejaan URIN (air kencing). Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah urin sebagaimana yang saudara tulis. Terima kasih. | Ejaan | 14.01.2009 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan yang berikut : a) “natural”, bolehkah guna perkataan “semulajadi”? Contoh : melegakan gejala menopaus secara semulajadi b) “hormone free treatment for menopausal ”? Bolehkah menterjemahkan kepada “Bebas hormone rawatan untuk menopaus?” c) “Mood Swing”, bolehkah guna perkataan “Emosional” atau “Perubahan emosi”? d) “Hot flushes and night sweats”, bolehkah guna perkataan “Rasa panas dan berpeluh malam”? e) “Urinary frequency or involuntary loss of urine”, bolehkah menterjemahkan kepada “ kekerapan kencing atau kekurangan air kencing secara tidak terkawal?” | a) Perkataan semula jadi boleh digunakan untuk “natural”. Oleh itu ayat "melegakan gejala menopaus secara semula jadi" adalah betul . b) hormone free treatment for menopausal - rawatan bebas hormon untuk menopaus c) mood swing - perubahan emosi/berubah angin/berubah suasana d) hot flushes and night sweats - hangat memerah dan peluh malam e) urinary frequency or involuntary loss of urine - kekerapan kencing atau pengeluaran air kencing secara tidak terkawal | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2016 |
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut. | Maksud perkataan berdenyut ialah mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyut | Tatabahasa | 07.12.2015 |
1.Apakah makna perkataan Pering ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung. | Makna | 21.02.2010 |
Bolehkah kata beliau digunakan dalam ayat di bawah? Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir. Beliau takut dicerca oleh orang kampung kerana masalah kesihatannya iaitu sukar menahan kencing. | Menurut data kami, penggunaan beliau boleh digunakan. Beliau merupakan kata ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yang dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 16.03.2019 |
dalam bm terdapat pelbagai cara utk mengungkapkan 'kematian'. selain drpd perkataan 'mati', apakah eufemisme dlm bahasa, masyarakat dan budaya melayu yg digunakan utk mengungkap perkataan tersebut? bolehkan tuan/puan sertakan cadangan artikel atau buku tentang eufemisme. | Perkataan yang sama erti dengan mati atau kematian ialah meninggal dunia. Eufemisme ialah ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk mendapatkan buku berkenaan perkara tersebut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan. | Makna | 09.08.2008 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |