Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.la] | کندالا

Definisi : 1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan; mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.la] | کندالا

Definisi : 1 paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kekangan. 2 sesuatu yg mengekang (menghalang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendala (kata nama)
Bersinonim dengan rintangan, halangan, gendala, sekatan, kekangan, gangguan, tegahan, aral;,
Kata Terbitan : mengendalakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa MelayuPelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu.Lain-lain27.07.2009
penjelasan tentang maksud konstrainSebagai kata nama maksud perkataan ini ialah  paksaan; kekangan,hambatan,kendala. Rujuk Kamus Inggeris Dewan, halaman 296.  Makna17.11.2008
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan?

1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan

2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma

3.  Perkataan  “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana.

4.  Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”.

5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat.

6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI)

Tatabahasa07.06.2023

Kembali ke atas