1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). 2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! 3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat. | Karya | 23.07.2010 |
06hb Mac 2013 Tuan, PERTANYAAN DAN PENGESAHAN BAHASA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami ingin membuat pertanyaan dan pengesahan bahasa dan ejaan bagi nama bangunan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk memohon lesen iklan papan tanda. 3. Dilampirkan bersama bahan certakan dengan perkataan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk perhatian pihak Tuan. Sekiranya pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Kenny 03-90593788 samb.103. Sekian, terima kasih. “1 MALAYSIA, CEKAP DAN AMANAH” Saya dengan hormatnya, Kenny Goh ____________________ Kenny Goh | Visual iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran. | Lain-lain | 06.03.2013 |