Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tang] | کنتڠ

Definisi : sj ubi (dimasak dlm gulai atau dijadikan bahan kuih), Solanum tuberrosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tang] | کنتڠ

Definisi : , = ubi ~ nama sj ubi, Solanum tuberosum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kentang

Puisi
 

Ubi kentang perkara ubi,
     Ubi setela dalam dulang;
Budi banyak perkara budi,
     Budi yang mana disuka orang?


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (, ) dalam BM. A. Kelly membeli sayur,ikan,daging,dan ubi kentang. B. Kelly membeli sayur,ikan,daging dan ubi kentang. Ayat mana yang betul? Harap tuan dapat memberikan keterangan sekali tentang penggunaan tanda koma tersebut. C. Kata Abu "Adik, letakkan buku itu di atas meja." Soalan: betul atau tidak penggunaan tanda baca dlm ayat C termasuk huruf kecil dan besar. terima kasih.Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (, ) dalam BM. A. Kelly membeli sayur,ikan,daging,dan ubi kentang. B. Kelly membeli sayur,ikan,daging dan ubi kentang. Ayat mana yang betul? Harap tuan dapat memberikan keterangan sekali tentang penggunaan tanda koma tersebut. C. Kata Abu "Adik, letakkan buku itu di atas meja." Soalan: betul atau tidak penggunaan tanda baca dlm ayat C termasuk huruf kecil dan besar. terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumsalam, Jawapan yang betul ialah A.Tanda koma ini digunakan untuk memisahkan butiran dalam senarai.
Jawapan yang tepat untuk C ialah "Adik, letakkan buku itu di atas meja!"
Tatabahasa02.09.2014
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih!

Encik Azfar,

Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut:

karipap kentang   : currypuff with potato filling

karipap sardin      : currypuff with sardine filling

koci pandan         : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling

koci labu              : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling

lopes pandan        : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve

                               with a kind of brown sugar

pisang goreng      : banana fritters

 

 

Tatabahasa18.05.2010
Bagaimana tentukan penggunaan perkataan “ketepikan” dan “diketepikan”?Contoh dalam resipi: Gorengkan kentang sehingga warna keemasan. Angkat dan ketepikan/diketepikan.
Perkataan yang betul ialah "ketepikan"
Tatabahasa09.09.2015
Salam 1. Di manakah kesilapan ayat ini.Mohon penjelasanTerima kasih Contoh 1. Ubi kentang yang kakak rebus sudah empuk.Ayat itu betul, ayat pancangan dengan kata hubung "yang".Tatabahasa09.10.2013
3.10.2015 Assalamualaikum. saya ingin bertanya, apakah kesalahan bagi ayat ini? "Ia ialah sejenis makanan ikan bersama kentang goreng tetapi disini yang ingin diungkapkan ialah hidup yang senang dan mewah. Terima kasih.Waalaikumussalam,

Untuk makluman, ayat yang diberikan tidak gramtis dan maksud yang ingin disampaikan juga tidak jelas.
Tatabahasa03.10.2015
Selamat sejahtera, Boleh saya tahu apa terjemahan bagi ‘cheezy wedges’ dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Cadangan kami ialah kentang goreng keju.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2019
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih.1. Sebuah pasu bunga.
2. Seutas jam tangan
3. Sebiji karipap
4. Bergantung pada keadaan.
5. Bergantung pada keadaan.
6. Sebatang lampu
7. Sebiji mentol
8. Sebiji batu
9. Sebuah baldi
10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung
Lain-lain10.02.2017
salam...boleh sy tanya ejaan sebenar untuk ini..bergedil atau bergedel??Ejaan yang tepat adalah 'bergedel' yang merujuk kepada makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng.Ejaan25.07.2012
Assalamualaikum Admin DBP? Saya ingin tahu berkenaan penggunaan bahasa. Saya harap sangat pihak DBP dapat beri jawapan yang lebih tepat. 1) Kayu memikul barang A. GANDAR B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK B. CHEQ 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL B. PERGEDIL Terima kasih Saya ada satu soalan lagi. Jawapan bagi soalan ni nampak mudah, tapi rasa berasa ralat sebab kehendak jawapan berbeza-beza. Spesies Ikan Kaloi A. IKAN GERUME B. IKAN GERUMI * Apa yang saya tahu, ejaan lebih tepat adalah IKAN GURAME & IKAN GURAMI. Memandangkan soalan berkehendakan jawapan seperti yang dinyatakan, saya berasa keliru. Pilihan GERUME atau GERUMI? Harap dapat bantu (soalan terakhir)Salam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara 1) Kayu memikul barang B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL *** ejaan yang betul ialah BERGEDEL terima kasih -ghaniabu ABDUL GHANI BIN ABU Bhg. Penguatkuasaan Sama-sama kasih. Tuan juga boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2014
Apakah istilah untuk 'crisscut fries' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sunggupun begitu, kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kentang potong bersilang.Penyemakan dan penterjemahan08.08.2017
12

Kembali ke atas