Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya tentang "untuk" dan "kepada". 1) Emak menyediakan makanan kepada kami. 2) Emak menyediakan makanan untuk kami. 3) Saya membeli nasi untuk Ali. 4) Saya membeli nasi kepada Ali. Ayat mana yang betul?Dalam ayat tersebut penggunaan untuk adalah lebih tepat penggunaanya; Kata sendi nama 'untuk' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan salah satu daripada fungsinya ialah menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. (lihat Tatabahasa Dewan, muka surat 263)Tatabahasa28.02.2007
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan "kepada" 1. Siti sedang memberi makanan kepada ikan.Betul. Kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujaradTatabahasa20.03.2013
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih.Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai.Tatabahasa22.05.2013
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan"Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku  pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang).Tatabahasa07.05.2010
soalan ini merujuk kepada kepada kata sendi ke dan kepada. saya ingin bertanya penggunaan penyataan berikut adalah benar atau salah, berserta alasannya. i. hingga ke masa kini ii. hingga kepada masa kini iii. hingga kiniUngkapan yang betul ialah hingga kini.  Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain dan  tidak boleh hadir secara berturutan. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. Penggunaan kata sendi nama kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.Tatabahasa08.08.2010
1. ..membawa kepada kebaikan 2...memberitahu kepada ibunya. 3...menjurus kepada kebaikan. 4..mendorong kepada kemungkaran 5..melancong ke luar negara. Soalan: Adakah kesemuanya kata kerja transitif dan perlu digugurkan kata sendi yang mengikutinya?

Membawa, memberitahu, menjurus dan mendorong ialah kata kerja transitif yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama, manakala melancong bukan ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147.

Tatabahasa29.05.2011
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul.
2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian".
3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya".
4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah.
Tatabahasa19.04.2012
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4)

Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Lain-lain04.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas