Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011

Kembali ke atas