Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pal] | کڤل

Definisi : 1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggam-genggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan; berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal; mengepal 1. = mengepal-ngepal mema­datkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk; mengepalkan menjadikan (tangan) tergeng­gam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis; terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu; kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pal] | کڤل

Definisi : ; ~ batu sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; ~ laut sj ikan laut, Abudefduf notatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pal] | کڤل

Definisi : sj kuih (dibuat drpd pulut yg dikisar dan dimasak dgn santan dan gula melaka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pal] | کڤل

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan: Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya.2 benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepal (kata kerja)
Bersinonim dengan genggam, gumpal, bongkah, bingkah, ketul, kepul;,
Kata Terbitan : berkepal-kepal, mengepal, sekepal, kepalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asfa keluar dari/daripada bilik Dr. Ais Kepal?

Jawapannya ialah Asfa keluar dari bilik Dr. Ais Kepal. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa.

Tatabahasa10.11.2011
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012

Kembali ke atas