Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pan.daian] | کڤنداين

Definisi : kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pan.daian] | کڤنداين

Definisi : keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
difinisi kepandaian dan kecerdikan...tima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepandaian bermaksud kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; manakala kecerdikan ialah 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. Terima kasih.

Istilah14.01.2009
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiranMenurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah:
1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu
2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.)
3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian,
Istilah23.09.2014
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN?Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatuMakna11.08.2007
Apakah perbezaan 'pembelajaran' dan 'pemelajaran'? Yang manakah betul penggunaannya untuk istilah 'pengajaran dan pembelajaran' yang dulunya digunakan.Pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), manakala pemelajaran bermaksud proses  mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kedua-dua kata terbitan tersebut betul namun penggunaannya bergantung pada maksud yang dikehendaki oleh penganjur. Jika penganjur menetapkan matlamat pembelajaran maka ungkapan "pengajaran dan pembelajaran" yang digunakan. Makna25.12.2009
Apakah perbezaan antara latihan dan kursus?Salam sejahtera,

Latihan bermaksud  pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima.

Kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dan sebagainya) yang diberikan dlm jangka masa yg agak singkat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.04.2018
Apa itu maksud perkataan "ikhtisas"Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya),  2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.Makna20.05.2010
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRANPenguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian.Makna24.08.2007
Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih.Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.

Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.
Makna31.03.2015
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah

Saudara,

Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas.

Makna04.09.2010
salam. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan (kecekapannya / ketangkasannya) bermain senjata. Jawapannya: kecekapannya atau ketangkasannya. Terima kasihLaksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu).Makna07.12.2014
123

Kembali ke atas