apakah kepelbagaian bentuk bahasa? | Bentuk Bahasa yang dimaksudkan ilah ragam bahasa, iaitu bahasa tulisan, bahasa lisan,bahasa daerah dan bahasa moden. | Tatabahasa | 01.03.2008 |
Penggunaan perkataan, pelbagai dan kepelbagaian dalam ayat seperti berikut: a. Mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian. b. Mempunyai kepelbagaian kaedah untuk menjalankan kajian. Ayat yang manakah paling tepat pengunaan perkataan tersebut. Zakaria Adom Jabatan Pendidikan N.Sembilan | Frasa yang betul ialah mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian... | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2018 |
Barang yang dijual di situ adalah pelbagai/ kepelbagaian. Mana satu yang betul? | Ayat yang gramatis, pelbagai barang dijual di situ. | Makna | 06.05.2017 |
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasih | Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP. | Makna | 04.10.2009 |
Salam.. saya terpanggil untuk bertanyakan pandangan DBP berkaitan dengan konsep kebersamaan dalam kepelbagaian. Merangkumi ruang lingkup wanita dan masyarakat di Malaysia. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Soalan yang berbentuk tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak untuk menyelesaikannya. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 26.07.2012 |
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA? | Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 02.10.2010 |
saya ingin menayakan maksud 'PLURALISTIK' dari perspektif DBP sendiri. | Pluralistik bermaksud majmuk ataupun kepelbagaian. T.kasih. | Lain-lain | 19.08.2008 |
pelbagai jenis sayur-mayur/pelbagai jenis sayur | Satu daripada aspek makna penggandaan kata nama ialah penanda kepelbagaian jenis. Contohnya: sayur-mayur, kuih-muih, rempah-ratus. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai macam atau jenis. Ayat yang betul ialah: pelbagai jenis sayur. | Tatabahasa | 25.04.2011 |