Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Salam sejatera! Perlukah tanda noktah digunakan selepas kependekan seperti YAB/YB/YAM? Adakah tanda noktah cuma digunakan jika kependekan ini disusuli dengan nama/pangkat seseorang? Contoh: YAB. Dato' Seri XXX / YAB. Menteri Besar. Bagaimana pula jika kependekan ini digunakan begitu saja? Contoh ayat di dalam dialog: "Sejak dia digelar YB., makin menjadi betul perangai dia!" Sekian terima kasih.

Penggunaan singkatan yang betul ialah: (1)  YAB  (2) YB  (3) YAM (4) YBhg. 



Ejaan16.06.2020
1. Cara penulisan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia, YBhg. atau YBhg? Merujuk PRPM, YBhg (tanpa titik) takrif untuk kependekan Yang Berbahagia (sumber Kamus Dewan Edisi Empat). 2. Mana yang betul? 'Merujuk perkara di atas' atau 'merujuk kepada perkara di atas'. Kamus Dewan Edisi Empat memberi contoh ayat 'merujuk kepada risalah' manakala dalam jawapan Khidmat Nasihat frasa yang betul ialah 'merujuk perkara' (tanpa kepada). Sekian, terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah YBhg

2. Frasa yang betul ialah 'Merujuk perkara yang tersebut di atas ...' 

Tatabahasa31.01.2011
Salam tuan, Saya ingin membuat kependekan bagi perkataan berikut: 1. halaman: hal. atau hlm. Yg mana lebih tepat? 2. tanpa tarikh: t.t. atau ..... Mohon cadangan? 3. tanpa penerbit: t.p. atau ..... Mohon cadangan? 4. tanpa tempat penerbit: t.t.p. atau ..... Mohon cadangan? 5. tanpa pengarang: ??? Mohon cadangan? Terima kasih dan salam. SiblyTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan hlm. untuk halaman. Walau bagaimanapun untuk perkataan yang jarang digunakan atau penggunaannya terhad dalam konteks tertentu perlulah dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan seperti ungkapan 'tanpa tarikh' dan 'tanpa penerbit'.Tatabahasa07.03.2011
apakah perbezaan DR dan Drs juga perbezaan Dato' dan Datuk1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan  2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian.  "Drs." berasal daripada bahasa Indonesia dan merupakan kependekan untuk doktorandus (lelaki). Doktorandus bermaksud lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).

2. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Makna04.02.2014
Pohon bertanya, apa jawatan yang betul bagi YBhg? sebab ada jawan yang hat di arkib soalan ada mayatakan jawapan spt berikut: 1) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg; 2) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg Pohon penjelasan.Terima kasih.Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana.Tatabahasa21.05.2011
1)Stew dalam bahasa stu atau stew? 2)Apakah maksud ikon ® dalam laman ini? 3)Di manakah saya boleh cari penerangan tentang pemendekan ayat dalam laman web prpm, maksud saya dalam kamus di laman prpm contohnya ada ayat 'st' yang digunakan yang bermaksud 'something'. Ada tak senarai pemendekan ayat yang lain?Stew dalam bahasa Melayu ialah stew. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Ikon ialah  gambar, lukisan, imej, atau gambaran. Sistem kami menyediakan perkhidmatan kependekan istilah namun tidak kesemua kependekan di rakamkan lagi dalam sumber rujukan kami. Jika ada sebarang cadangan terhadap kependekan tuan/puan boleh layari http://ekamus.dbp.gov.my/Makna22.09.2016
1) Betulkah ayat berikut? "Kaupergi dulu." 2) Jika betul, macam mana untuk kita tahu perkataan "kau" harus bersambung dengan kata kerja?Untuk makluman, ayat tersebut sudah tepat. Kata ganti nama diri kau ialah kependekan bagi perkataan engkau yang tidak boleh berdiri sendiri. Ia digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis bercantum seperti contoh ayat yang diberikan: "Kaupergi dulu." 

Tatabahasa17.11.2015
Salam sejahtera, 1. Boleh tolong jelaskan penggunaan kata 'ia'. 2. Apa perbezaan maksud perkataan: i) mengapa dan kenapa ii) sebab dan kerana Bantuan tuan amat saya hargai, terima kasih.

1">1. Kata ia ialah kata ganti nama diri orang ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk orang, benda atau perkara yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Penggunaan "ia" juga boleh menggantikan benda/subjek (bukan binatang)

2. Kenapa dan mengapa mempunyai makna yang sama. Untuk penggunaan rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.



3. Menurut Kamus Dewan, kerana bermaksud menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; dan sebab bermaksud yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll.); oleh itu, dari segi makna , sebab dan kerana mempunyai makna yang sama. Walaupun begitu, dari segi golongan kata, kata sebab merupakan kata nama, manakala kerana ialah kata hubung dan penggunaan kata sebab perlu disertakan dengan kata sendi oleh.

Tatabahasa22.04.2019
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia.  Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP.
Lain-lain20.02.2013
1234

Kembali ke atas