Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pen.du.du.kan]/[ke.pen.du.du/.kan] | کڤندودوقن

Definisi : segala hal mengenai pen­duduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pen.du.du.kan]/[ke.pen.du.du/.kan] | کڤندودوقن

Definisi : segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kependudukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'population' boleh diterjemahkan kepada 'penduduk' dan 'kependudukan'?Perkataan 'population' boleh diterjemahkan kepada sama ada 'penduduk' atau 'kependudukan' mengikut konteks ayat yang dikemukakan.Makna17.09.2019
Apakah terjemahan untuk "well-being" seperti dalam ayat berikut: "The public must be open to discuss their well-being holistically."Menurut data kami, dalam bidang kependudukan, padanan bahasa Melayu untuk well-being ialah kesejahteraan. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan, kami mencadangkan perkataan kesejahteraan digunakan. Sekian. Terima kasih.Istilah26.09.2017
Assalamualaikum. Betulkah jika "leading question" diterjemahkan sebagai "soalan memimpin"? Ayat penuh: "leading questions should be employed only as a last resort" Terima kasih.Salam. Merujuk kepada istilah kami yang ada "leading question" merujuk kepada “soalan pimpinan”.  Dalam data DBP, istilah ini terdapat dalam bidang sejarah, undang-undang, pendidikan dan kependudukan. Biasanya digunakan dalam perbicaraan di mahkamah. Oleh itu, istilah yang sesuai ialah “soalan pimpinan”.Istilah24.05.2017
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang tepat bagi 1. OUTLIERS, dan 2. FORECASTING PERFORMANCE OF CASCADE FORWARD BACK PROPAGATION NEURAL NETWORK FOR DATA WITH OUTLIERS? Terima kasih.

1.  Padanan istilah untuk outlier mengikut bidang ialah unsur luaran; batuan terasing (Geografi), letakan luar; batuan terasing (Geologi), dan pesisih (Kependudukan),

2.  Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.03.2017
askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tkWasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih.Istilah13.11.2017
Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih

Wasalam.  Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya

i.   proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan

ii.  penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan.

iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi

 Sekian. Terima kasih.
Istilah10.11.2017

Kembali ke atas