Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama.Salam Sejahtera,

Jawapan 1:  Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­undingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;

Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah
i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama.
Tatabahasa11.03.2013
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan.1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala  mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;

2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
Tatabahasa19.07.2013
APAKAH SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK KEPADA PENGAJAR BAHASA DAN PELAJAR BAHASA?

Terima kasih atas soalan saudara, sila rujuk bahan ini :

1.

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa1&Kata=Zulkifley Hamid">Zulkifley HamidPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.2006

Lain-lain12.04.2008
1.apakah peranan bahasa-bahasa di malaysia setelah malaysia menjangkau usia kemerdekaan 50 tahun? 2.apakah kepentingan bahasa dalam mempelajari sesuatu ilmu?Peranan bahasa kebangsaan dalam menjangkau usia 50 tahun adalah sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang dan bahasa teknologi maklumat (TMK). Jawapan 2: Menerusi penguasaan bahasa yang baik dan tinggi, seseorang itu akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Sekiranya penguasaan bahasa seseorang itu lemah, maka mereka akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber.Lain-lain06.09.2007
MAKSUD MAKNAWImaknawi Ar 1. berhubung dgn makna, mengikut ertinya; 2. penting, kepentingan.Makna06.08.2007
Salam sejahtera kepada tuan/puan. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya tempoh hari. Berkenaan dengan bidang Sisten Ejaan Bahasa Melayu. Soalan: 1. Apakah fungsi dan kepentingan pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu? 2. Bagaimanakah untuk mengenalpasti penggunaan kata serapan, kata nusantara dan pinjaman dalam sesuatu penulisan? Sekian sahaja pertanyaan saya kepada tuan/puan. Sekian terima kasih.

1. Pola keselarasan vokal penting sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

2. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Tatabahasa18.07.2008
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya?Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994.Lain-lain20.10.2007
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
daripada zaihana. 1) ape maksud mentadbir sesuatu organisasi 2)Mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan. Organisasi pula ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan.Makna23.11.2009
123

Kembali ke atas