Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965. | Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google. | Lain-lain | 17.04.2019 |
Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |