| Ayat yang mana tepat ? 1. Masyarakat mula celik akan kepentingannya. ( nya merujuk kepada ayat sebelum ayat ini. 2. Masyarakat mula celik tentang kepentingannya. | lAyat kedua yang gramatis, masyarakat mula menyedari tentang kepentingannya. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
| Ingin mengetahui maksud "sintaksis" dan kepentingannya di dalam pengkajian dan mutu bahasa | Sdr. Sham, makna sintaksis adalah seperti yang diberikan di bawah. Bagi soalan kedua dari segi kepentingannya dalam pengkajian saya harap Sdr. boleh merujuk buku tatabahasa yang berkaitan dengan sintaksis yang ditulis oleh Prof. Dato' Asmah Hj. Omar. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. - Sintaksis ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat.
| Tatabahasa | 28.02.2009 |
| apakah maksud sahsiah,ciri-cirinyadan kepentingannya kepada sesuatu bangsa? | Sahsiah mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 bermaksud "keperibadian atau peribadi. Saudara boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau IPT untuk mengetahui tentang ciri-ciri dan kepentingannya. | Makna | 18.07.2007 |
| Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya? | Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.01.2009 |
| 1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik. | Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
| APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
| apakah kepentingan bahasa melayu moden? | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 11.07.2012 |
| apakah kepentingan bahasa melayu moden | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 11.07.2012 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan wawancara? Apakah perbezaan antara wawancara dengan forum dan dialog? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat wawancara bermaksud soal jawab antara wartawan dsb.dengan orang yang terkemuka dll. untuk mendapatkan keterangan atau pandangan untuk disiarkan. Forum bermaksud perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam. Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Daripada keterangan di atas diharap saudara dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Wawancara melibatkan dua orang, iaitu wartawan dan orang yang diwawancara. Forum dan dialog melibatkan sekumpulan orang atau panel. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . | Makna | 30.01.2008 |
| Apakah terjemahan atau terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'executive talk'? Bagi kegunaan rasmi dan pengendalian majlis, apakah terma yang sesuai bagi menerangkan sesi dialog yang melibatkan interaksi dua hala? Terma tersebut ingin saya masukkan dalam atur cara program/majlis. Terima kasih. | Istilah executive talk tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk talk ialah wacana atau ceramah. Cadangan istilah untuk executive talk ialah wacana eksekutif. Dalam Kamus Dewan, wacana bermaksud perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Dialog pula bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. | Istilah | 18.03.2011 |