Yang manakah frasa gramatis antara "bewarna keperang-perangan" atau "bewarna hitam keperang-keperangan". Tolong Jelaskan | Frasa yang gramatis "bewarna keperang-perangan" kerana perang ialah warna merah yang kehitam-hitaman/kekuning-kuningan. | Tatabahasa | 23.10.2011 |
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging? | Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja. | Makna | 31.03.2023 |
Adakah perlu sempang dalam perkataan berikut: hitam keperangan atau hitam-keperangan | Untuk makluman, frasa yang gramatis ialah "hitam keperang-perangan". | Tatabahasa | 05.10.2015 |