Apakah maksud dogma dan berikan contoh ayat? | Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama,dll) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. | Makna | 22.07.2008 |
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh". | Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 11.11.2009 |
Assalamualaikum. Antara tiga pernyataan dibawah. Yang manakah yang betul secara tatabahasanya? 1. Insya Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 2. Insya Allah kami tidak akan mempersiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 3. Insya Allah kami tidak akan persiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. Saya dahulukan ucapan terima kasih atas khidmat nasihat tuan/puan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Insya-Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli persatuan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.02.2019 |
ADAKAH MAKSUD LAIN IKTIKAD SELAIN DARIPADA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maskud iktikad ialah kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Makna | 22.05.2008 |
Bolehkah saya bertanya ada tak atau apakah makna "kepercayaan alam ghaib" atau "supernatural belief" menurut Dewab Bahasa dan Pustaka. Kalau tiada apakah maksud "supernatural belief" dalam Bahasa Melayu? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa kepercayaan alam ghaib boleh ditakrifkan sebagai mempercayai, meyakini, atau menerima alam ghaib sebagai benar. Alam ghaib ditakrifkan sebagai alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia (Kamus Pelajar). Takrif yang diberikan ini merupakan takrif dalam bahasa Melayu. Anda boleh membuat kajian melalui buku-buku sekiranya ingin mengetahui kepercayaan ghaib orang/bangsa Melayu. | Makna | 27.07.2018 |
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaan | Merujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 18.08.2010 |
Apakah maksud sebenar perkataan Akidah? Adakah perkataan in membawa maksud yang sama dengan iman atau kepercayaan | Akidah bermaksud ajaran agama yang telah pasti. Tidak boleh dipersoalkan.Iman pula bermakna percaya adanya Allah dsn mematuhi segala perintah-Ny manakala kepercayaan bermaksud mengakui, yakin akan benarnya sesatu. | Makna | 03.11.2006 |
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
Saya ingin mengesahkan penggunaan perkataan apa yang sesuai dalam konteks ayat ini sama ada 'di' atau ' dalam': KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU 'DI'/'DALAM' PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI sebelum ini saya menggunakan perkataan di bagi menunjukkan program sekolah wawasan tu sebagai tempat...sekiranya saya menggunkan 'di' adakah betul dri segi tatabahasa? Terima kasih | Penggunaan kata dalam menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Manakala penggunaan kata sendi nama di - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Maka ayat yang betul ialah KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI | Tatabahasa | 13.03.2020 |
Asalkan pengguna tidak hilang kepercayaan pada/kepada program itu, ia pasti akan berkembang. | Kedua-duanya kurang tepat kerana pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan kepada menunjukkan sasaran. | Tatabahasa | 09.11.2011 |