keperluan asas | 'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. | Lain-lain | 03.04.2008 |
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih. | Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ungkapan berikut, "Body's essential needs." Adakah gramatis jika saya terjemahkan ungkapan tersebut sebagai "Keperluan perlu tubuh?" Saya sedar bahawa terjemahan "Keperluan penting tubuh" adalah lebih sesuai, tetapi saya ingin tahu jika terjemahan saya sebelum itu boleh digunakan. Terima kasih. | Keperluan perlu tubuh tidak gramatis dalam ungkapan tersebut. Kami cadangkan ungkapan keperluan tubuh atau keperluan penting/utama tubuh digunakan. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? | Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 28.02.2007 |
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud garis-garis yang menentukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahun | Ayat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat. | Tatabahasa | 22.03.2007 |
PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat. | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 15.11.2017 |
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain? | Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2010 |
Tuan, berikut merupakan dua ayat yang perlu dibandingkan. 1. Encik Zamli telah menyenaraikan barangan keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. 2. Encik Zamli telah menyenaraikan barang keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. Yang manakah betul ? Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama dan betul. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
apakah sinkatan bagi 'sultan'? | Dalam pangkalan data kami perkataan sultan dieja penuh kerana berkemungkinan tidak ada keperluan untuk memendekkan perkataan tersebut. Sila nyatakan contoh dan konteks keperluan kependekan perkataan tersebut untuk rujukan kami untuk kami cadangkan singkatan yang sesuai. | Ejaan | 31.08.2012 |