Saya seorang pelajar kedoktoran yang ingin membuat kajian tentang amalan kepimpinan instruksional. Masalah yang saya hadapi adalah banyak penulisan di Malaysia menggunakan perkataan kepimpinan pengajaran, kepimpinan kurikulum, kepimpinan akademik, dan kepimpinan instruksi. Pertanyaan saya adalah, bolehkah saya menggunakan perkataan kepimpinan instruksional bagi mewakili kesemua jenis kepimpinan yang telah dinyatakan itu dan adakah semua jenis kepimpinan itu membawa maksud yang sama. Untuk pengetahuan tuan saya akan menulis kajian saya dalam bahasa Malaysia (Melayu) dan surat tawaran biasiswa saya juga meminta saya membuat kajian tentang kepimpinan instruksional. Saya sangat berharap untuk mendapat jawapan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih. | Saudara perlu menghubungi IPTA/IPTS yang berkenaan dengan tajuk subjek kedoktoran tersebut kerana ia melibatkan konteks dan bidang yang khusus dalam kajian itu. | Lain-lain | 31.07.2009 |
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan. | Makna | 10.04.2012 |
1. saya memerlukan makna KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 2. apakah perbezaaan antara KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 3 beri contoh kedua-dua perkataan tersebut. Ini kerana saya sedang membuat Tesis Sarjana Sains Politik dari UKM. Pensyarah minta saya terangkan apa perbezaan antara Kepemimpinan dan Kepimpinan. pohon bantuan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | | Makna | 26.11.2013 |
'Ledakan Kepimpinan Membentuk Mahasiswa Berwawasan' mohon bantuan untuk semak slogan ini betul atau sebaliknya ?? | Perkataan ledakan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut kerana ledakan bermaksud letupan atau pertumbuhan yang sangat besar berkaitan dengan penduduk atau teknologi. Lihat maklumat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ledakan&d=1 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara. | Makna | 27.07.2007 |
makna kepimpinan dan pemimpin -ciri-ciri kepimpinan -kebaikan dan keburukannya -bila ianya sesuai digunakan -pemerintahan autokratik | Sila rujuk bahan ini : 1. Komunikasi untuk pemimpin Abdullah Hassan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2001 . 2. Panduan Untuk Pemimpin John H. Zenger McGraw-Hill 2005 3. Pemimpin era globalisasi Husin @ Ibrahim Mamat Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 . 4. Pemimpin ideal dalam Islam Hafidhuddin, Didin Pustaka Zaman 2000 Teknik Kepemimpinan Auren Uris Dewan Bahasa dan Pustaka 1980 5. Wawasan dan kepemimpinan : nilai dan strategi ke arah Wawasan 2020 Yeoh, Micheal Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2003 6. Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia Mohd Salleh Abas, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 7. Sistem pemerintahan dan pentadbiran barat : suatu tinjauan Ahmad Atory Hussain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 | Lain-lain | 31.07.2007 |
Kepimpinan dan kepemimpinan,sama maksud atau lain maksud? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | Makna | 17.01.2012 |
Yg mana betul? Badan- badan kepimpinan pelajar sekolah @ badan-badan kepemimpinan pelajar sekolah?? | Ditulis dengan huruf kecil,iaitu badan-badan kepimpinan pelajar sekolah. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
Yang manakah betul INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU atau INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPEMIMPINAN MELAYU | Ayat yang betul ialah INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU. | Ejaan | 19.07.2010 |
apakah beza antara kepemimpinan dengan kepimpinan? maksud yg diterangkan dalam kd edisi4 saya tak faham sgt. boleh ke buat ayat spt ini : Kita ingin memupuk sifat kepemimpinan pelajar pada hari ini agar menjadi modal insan pada hari muka. atau penggunaan kata kepimpinan lebih sesuai? | Saudara Yu Yew Thiam, Perkataan yang betul ialah 'kepemimpinan', iaitu perihal sifat seorang pemimpin. | Tatabahasa | 31.05.2010 |