Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap. | Puan Azeelia, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki. | Istilah | 24.06.2010 |
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.? | Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
tetupai itu apa? leh tak saya dapatkan gambar tetupai? kalau ada sila hantar ke yewthiamyu@yahoo.com. terima kasih. | Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong, menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. | Makna | 13.05.2008 |
1)apakah yang dimaksudkan dengan bermudgug? | Perkataan mudgug tiada dalam rujukan kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut ialah madgad yang membawa maksud kepingan besi, plastik dsb yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal dll untuk mencegah percikan lumpur, air dll. | Makna | 02.09.2008 |
bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
Saudara, Apakah 'laminating sheet' di dalam bahasa Melayu? Saya tidak dapat mencari perkataan Melayu bagi item ini sedangkan laminating sheet ini kerap digunakan di sekolah-sekolah. Terima Kasih. Yang Fakir, Sodiqin | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "laminating sheet". Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "laminating", iaitu perlaminaan dan istilah untuk "sheet" ialah helaian, kepingan dan lapisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah lapisan perlaminaan atau helaian perlaminaan. | Istilah | 16.07.2013 |
Salam tuan di talian, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Loose Sheet untuk buku yang diterbitkan dalam bentuk lembaran? Bolehkah diterjemahkan sebagai Lembaran Kerja. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk loose sheet dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah loose document (dokumen curai), loose-leaf binding (jilidan cerai), loose leaf edition (edisi helai cerai) dan loose-leaf catalogue (katalog helai cerai). Istilah untuk sheet pula ialah lapisan, helaian, kepingan dan lembaran. Padanan istilah yang dicadangkan ialah lembaran curai. | Istilah | 08.09.2011 |
apakah penjodoh bilangan untuk pengasah pisau? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk, saiz atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak lazim digandingkan dengan penjodoh bilangan apatah lagi bentuknya kini berubah. Contohnya, dahulu pengasah pisau dibuat dalam bentuk kepingan, maka boleh disebut 'sekeping pengasah pisau'. Tetapi kini pengasah pisau dicipta dalam bentuk yang berbeza, maka penjodoh bilangannya juga perlu berubah sesuai dengan bentuk dan keadaannya. | Tatabahasa | 08.04.2011 |