Salam 1 Malaysia, Saya masih lagi tercari-cari terjemahan yang sesuai untuk Homecoming..jawapan dari pihak tuan/puan : kami mencadangkan padanan ‘home-coming’ ialah ‘jamuan kepulangan’ atau ‘majlis kepulangan’.bagaimanapun ia tidak sesuai dalam terjemahan saya..kerana ia adalah jamuan untuk seolah tinggi apabila semester berakhir | Salam 1 Malaysia. Memandangkan istilah "Homecoming" yang dicadangkan ialah "jamuan kepulangan" atau "majlis kepulangan" tidak sesuai dalam konteks ini, saya mencadangkan digunakan istilah "Majlis Keraian" yang bermaksud majlis untuk meraikan atau menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan. | Istilah | 17.06.2014 |
askm..soalan mana satuyang betul 1.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari 2.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hari | Penggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari. Jika saudara hendak menggunakan perkataan "hari", frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan "sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari". Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu: 1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Salam. Macam mana nak eja dlm Rumi perkataan Bahasa Arab (العودة) yg bermaksud kepulangan? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Ejaan dalam tulisan Rumi untuk bahasa Arab yang bermaksud kepulangan ilah "al-audah" | Ejaan | 02.11.2017 |
Tuan, bagaimana untuk memperkemas ayat berikut? Tiba di perkarangan sekolah, kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing. | Kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing di perkarangan sekolah. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
Tuan, Adakah penggunaan 'rimas' dalam ayat di bawah betul? Jika tidak, apakah perkataan yang boleh digunakan? 1. Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas. Terima kasih. | Penggunaan kata rimas dalam ayat Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas lebih sesuai digantikan dengan gelisah iaitu, Ali menunggu kepulangan ibu dengan gelisah. Kata gelisah membawa maksud tidak tenteram hatinya; berasa khuatir; tidak sabar menunggu. | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Saya ingin bertanyakan jawapan sama ada dari atau daripada untuk soalan berikut : "Kami menunggu kepulangan ibu ___________ menunaikan haji di Mekah." Terima kasih! | Kata sendi nama dari dan daripada tidak sesuai digunakan dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Kami menunggu kepulangan ibu yang menunaikan haji di Mekah". | Tatabahasa | 19.05.2013 |
saya ada bertanya tentang terjemahan 'Homecoming" pihak tuan/puan minta saya beri contoh ayat. 1.it's like he was gonna ask me to Homecoming. 2.Jaden Stark is not gonna ask you to Homecoming | Mengambil konsep ‘house-warming’ ialah ‘jamuan masuk rumah baharu’, kami mencadangkan padanan ‘home-coming’ ialah ‘jamuan kepulangan’ atau ‘majlis kepulangan’. | Istilah | 16.06.2014 |
Tuan, Bagaimanakah dengan ayat berikut, adakah perlu dibuat pembetulan. Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya menjadi dua buah bilik lagi menyambut kepulangan anaknya. | Ayat ini boleh dibaiki supaya menjadi lebih sempurna struktur dan maknanya seperti yang berkut: Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya supaya menjadi dua buah bilik lagi untuk menyambut kepulangan anaknya. | Tatabahasa | 24.07.2008 |
Salam sejahtera. Mohon nasihat tuan mengenai ayat yang berikut: Detik kepulangan yang dinanti-nantikan kini lebih meriah di Hari Raya. | Tiada masalah dengan ayat tersebut. Cuma tukar perkataan di Hari Raya kepada pada Hari Raya. | Karya | 09.06.2014 |