Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ?1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim.  7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang).Tatabahasa06.12.2009
askm Soalan 1)Pak Latip sering diundang untuk_________gesekan biolanya dalam majlis keramaian yang besar-besar. a)mendengari b)mendengarkan c)memperdengar d)memperdengarkan soalan 2)Pak Amit akan ______anak sulungnya dengan seorang pegawai tentera. a)mempersuamikan b)mempersuami c)bersuamikan d)bersuami tolong berikan jawapan yang betul beserta alasannya tarima kasih1. Memperdengarkan. 2. mempersuamikan.Tatabahasa07.05.2010
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011

Kembali ke atas