Minta maaf tuan, jawapan yang tuan berikan tidak menjawab kemusykilan yang saya kemukakan keran soalan saya bertanyakan penggunaan huruf besar atau huruf kecil dalam pengggunaan "Dr." dalam surat rasmi. Harap tuan dapat meneliti soalan saya, iaitu "Adakah perlu gelaran 'Dr.' ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD?" Soalan 2: "Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya?". Terima kasih. | 1. Ya, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum nama penuh individu yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) ataupun doktor perubatan. 2. Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya, bermakna kesemuanya huruf besar - DR. AZMI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Azmi. | | Ejaan | 08.04.2017 |
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra. | Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih. | Makna | 20.11.2013 |
i would like to knowthe proper procedure of applying business and signage license | Puan Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Untuk mengetahui cara atau prosedur menohon lesen perniagaan dan papan tanda Puan keran berurusan dengan pejabat SSM yang terdekat dengan tempat Puan. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya meluluskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan pada papan iklan tersebut. | Lain-lain | 22.03.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan muzika tari? | Kata muzika tari tidak membawa apa-apa makna cuma sebagai nama yang saudara berikan kepada acara yang hendak diadakan. dengan demikian adalah lebih baik digunakan Konsert Perdana sahaja keran aperkataan konsert sudah membawa makna hiburan yang dipenuhi dengan persembahan muzik. | Makna | 25.03.2008 |