Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rat] | کرت

Definisi : 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabis­an jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilang­annya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); mengerat memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (per­cakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : ; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : sebahagian drpd sesuatu yg telah dipotong; penggal; potong: se~ batang ubi kayu; pantun empat ~. berkerat sudah atau telah dikerat: Daun-daun pandan yg ~ itu pun dilayur. mengerat memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. terkerat terpotong; terpenggal. keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. ~ memanjang keratan yg dibuat secara memanjang (pd sesuatu). ~ rentas (lintang) keratan yg dibuat secara merentas sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh-contoh pantun dua kerat,empat kerat,enam kerat,lapan kerat dan duabelas keratKNBDBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur untuk merujuk bahan-bahan tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain05.09.2007
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
Saya Saina' lebaisa,sedang belajar bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih.

Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.

Contoh pantun dua kerat:
Tak tumbuh tak melata,
    tak sungguh tak kata.

Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,
        Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
       Mengapa pula hati terpaut.

Tatabahasa06.11.2013
Saya Nurima Uthai,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya.Terima kasih.

Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.

Contoh pantun dua kerat:
Tak tumbuh tak melata,
    tak sungguh tak kata.

Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,
        Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
       Mengapa pula hati terpaut.

Sastera06.11.2013
saya Adeelah Chehmoh, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih.

Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.

Contoh pantun dua kerat:
Tak tumbuh tak melata,
    tak sungguh tak kata.

Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,
        Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
       Mengapa pula hati terpaut.

Sastera06.11.2013
saya Kurahana Tuanmea, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, apakah maksud pantun empat kerat baik sekali jika bawa contohnya. terima kasih.

Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.

Contoh pantun dua kerat:
Tak tumbuh tak melata,
    tak sungguh tak kata.

Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,
        Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
       Mengapa pula hati terpaut.

Sastera06.11.2013
penjodoh bilangan "kerat" boleh digunakan utk "pantun"?Penjodoh bilangan untuk pantun ialah rangkap.Lain-lain12.05.2008
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat;

Bagus rupa bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;

Pahar cerek sudah teratur,
Cawan mangkuk sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
Tatabahasa06.11.2013
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
123

Kembali ke atas