Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.dil] | کرديل

Definisi : sentiasa kecil (tidak mahu besar), terencat tumbuhnya (bkn orang, binatang, dll): ayam ~; orang ~; mengerdilkan menjadikan kerdil, mengecil­ngecilkan atau menganggap sesuatu kurang penting: kita dgn sengaja ~ sastera kita; kekerdilan perihal (keadaan) kerdil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.dil] | کرديل

Definisi : kecil dan tidak dpt membesar (bkn orang dll): ayam ~; orang ~. mengerdilkan menjadikan kerdil: Bonsai ialah pokok hiasan yg dikerdilkan. kekerdilan keadaan atau sifat kerdil: ~nya menyebabkan dia berasa rendah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon:

(1) Salmah@Yulis Hj. Alwi

        Tel. Rumah: 03-62512978

        Tel. Bimbit:  013-3999525

 (2)  Mohd. Nor Long

       Tel. Rumah:  03-20950417

       Tel. Bimbit:   019-2168300

Lain-lain27.01.2011
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010

Kembali ke atas