Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.re.da.an] | کرداءن

Definisi : keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan kepastian ejaan jawi bagi reda ialah ردا atau ريضا ? Manakala ejaan jawi bagi keredaan ialah کرداءن atau کريضاءي ?Ejaan Jawi bagi perkataan "reda (réda)" ialah رضا dan "keredaan" ialah  کريضاءن.

Ejaan23.02.2022
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi?"Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu.Istilah13.07.2020
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda رضا 

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
Salam sejahtera,slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI tidak diterima pakai oleh pihak tuan dan diminta untuk tukar semula MEMETIK kepada UNTUK MENDAPATKAN. Bukankah ayat slogan yang asal adalah penggunaan metafora yang terddapat dalam kesusasteraan melayu.minta pihak tuan beri penjelasanSekiranya tuan/puan ingin mengekalkan perkataan “memetik”, kami mencadangkan slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI dibetulkan kepada KEMBARA SUFI MEMETIK KEREDAAN ILAHI kerana lazimnya perkataan “memetik” akan diikuti dengan kata nama, contohnya memetik pandangan, memetik titah, memetik laporan, memetik ayat dan memetik kenyataan.Tatabahasa27.07.2018

Kembali ke atas