Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. Curiosity strength - tahap perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength - tahap pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength - tahap ketabahan 4. Zest strength - tahap semangat diri 5. Kindness strength - tahap kebaikan 6. Forgiveness/mercy strength - tahap kemaafan dan belas kasihan 7. Humility/Modesty strength - tahap kerendahan hati/kesederhanaan 8. Prudence strength - tahap kebijaksanaan 9. Spirituality/sense of meaning strength - tahap kerohanian dan rasa bermaknaan Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Terjemahan tersebut boleh digunakan kecuali perkataan penghakiman digantikan dengan pertimbangan dan memaafkan digantikan dengan pemaafan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2018 |
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan". | Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat, kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas. | Makna | 14.08.2016 |