Selamat petang Tuan/ Puan Mohon kepastian translasi untuk perkataan berikut: 1) Techno-anxiety - kebimbangan terhadap teknologi/ kebimbangan teknologi - kerisauan terhadap teknologi/ kerisauan teknologi Mana satu translasi adalah bersesuaian? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk techno-anxiety ialah kebimbangan teknologi. Dalam data Istilah Bahasa Melayu (PRPM), perkataan anxiety boleh diterjemah kepada kebimbangan, kerisauan dan keresahan. Walau bagaimanapun, perkataan kebimbangan lebih banyak digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anxiety&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 31.03.2021 |
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan. | Berikut merupakan terjemahan yang betul: 1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak 2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 4) Level of consciousness: Tahap kesedaran 5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 6) Fidgeteness: Gelisah, resah 7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan 8) Attentive: Memberikan perhatian penuh 9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri 10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan 11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 08.06.2018 |