Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ri.ngat] | کريڠت

Definisi : peluh; ~ dingin peluh yg menyebab­kan badan berasa dingin, peluh sejuk; biang ~ bintil-bintil (bintik-bintik) merah pd kulit; dgn ~nya sendiri dgn usahanya (kegiatannya) sendiri; mandi (memeras) ~ bekerja (berusaha) dgn sepenuh tenaga, bertungkus-lumus; makan ~ orang menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras tenaga) orang; membuang ~ mengerjakan sesuatu yg sia-sia; keluar ~ keringnya tersangat susah (payah); berkeringat, keringatan ark mengeluar­kan keringat, berpeluh; mengeringatkan ark membuat sesuatu dgn bertungkus-lumus (susah payah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ri.ngat] | کريڠت

Definisi : air yg keluar melalui liang halus pd kulit tubuh; peluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keringat
Rujuk :peluh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Usaha keringatnya telah membuahkan hasil. Dalam ayat ini 'usaha keringat' adakah betul ataupun lewah.Keringat membawa maksud air yang keluar melalui liang halus pada kulit tubuh; peluh. Maknanya, istilah usaha keringat tidak betul kerana membawa maksud "usaha peluh". Sebaliknya, istilah "memerah keringat" boleh digunakan untuk merujuk usaha yang bersunguh-sungguh.
Tatabahasa20.12.2015
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih

Saudara Gan,

Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah :

  i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa

 ii.  payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya

iii.  tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut

iv. tak putus-putus ketawa

v. barang jemuran yang kering sekali

 

Makna03.02.2010
Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah.Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan.  Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua.  Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat.Istilah06.04.2014
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010

Kembali ke atas