Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama.Mohon maaf.

Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul:
Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur.
Lain-lain17.07.2018
Kata "mula" termasuk dalam golongan perkataan yang mana? Saya hanya mengetahui kata "bermula" tergolong dalam kelompok kata kerja, kan?Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, mula ialah kata keterangan dan bermula kata kerja.Tatabahasa22.02.2015
Untuk frasa apa memper~(kan) ,(kan)tidak wujudSoalan yang dikemukakan tidak jelas.

Jika mengenai apitan memper- kan, apitan ini menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, memperisterikan, mempersendakan, memperdengarkan, memperbandingkan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek.

Manakala, akhiran -kan pula ialah akhiran yang membentuk kata kerja. Semua golongan kata utama, iaiatu kata nama, kata kerja, kata adjektif , dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa31.05.2013
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phdSemua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakanAkhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong.
Tatabahasa03.07.2014
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya?

Saudara,

Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207.

    

Tatabahasa03.09.2009
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa20.05.2011
saya kurang arif mengenai penambahan 'kan'.Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakanAkhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185
Tatabahasa03.07.2014
Bagaimana mahu menentukan sama ada perkataan itu perlukan apitan men-kan / di-kan? Apakah bezanya sekiranya kita meletakkan akhiran -kan pada satu satu perkataan itu?

Apitan kata kerja meN-...-kan untuk ayat aktif, manakala apitan di-...-kan untuk ayat pasif. Aspek makna yang terkandung dalam kata kerja ini diterangkan dengan panjang lebar dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 197. Akhiran -kan lazimnya digunakan dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Rujuk halaman 183.

Tatabahasa11.10.2011
Saya masih samar-samar tentang cara penggunaan akhiran "kan" pada kata kerja . Apakah peraturan-peraturannya? Sekian. Terima kasih

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185.

Lain-lain29.07.2010
Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasihSalam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa04.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas