Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih. | Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud: n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil. | Makna | 29.10.2014 |
Maksudnya frasa membantah keras keputusan yang dibuat dan frasa keras membantah keputusan yang dibuat kedua-duanya betul kerana keras ialah kata adverba yang boleh hadir di depan dan di belakang kata kerja? | Betul, untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289. | Tatabahasa | 28.05.2014 |
Maaf ada sedikit pembetulan. Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat yang betul di bawah ini kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. | 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. Kedua-dua ayat tersebut betul, keras ialah kata adverb yang boleh hadir sebelum dan selepas kata kerja. | Tatabahasa | 27.05.2014 |
Adakah 'terpaksa' ialah kata kerja tak transitif? Apakah contoh ayat yang sesuai bagi menerangkan perkara ini? | Perkataan terpaksa merupakan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif dengan awalan teR-, ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti dengan unsur keterangan. Contoh ayat: Dia terpaksa mengambil cuti. Ibu terpaksa bekerja keras. | Tatabahasa | 18.02.2021 |
Assalamualaikum, bagaimana saya boleh mendapatkan contoh kertas kerja bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh dbp contohnya seperti seminar Wacana Tulisan Jawi 2014 baru-baru ini. Terima kasih | Kertas kerja seminar anjuran DBP boleh dilihat di Pusat Dokumentasi Melayu dan sebahagian kertas kerja boleh diakses melalui laman web kami di www.dbp.gov.my seperti kertas kerja Wacana Tulisan Jawi (peserta tidak dibekalkan salinan keras). | Lain-lain | 28.02.2014 |
Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |
Kami amat berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan itu dengan kadar segera. Soalan saya, Ayat di atas sering ditemui dalam Khidmat Nasihat. Apakah golongan kata "Berharap" di situ>? Adakah sebagai kata kerja atau kata adjektif yang boleh menerima kata penguat "amat" kerana semua sedia maklum bahawa kata penguat hanya bergandingan dengan kata adjektif. | 1. Golongan/kelas kata bagi "berharap" dalam ayat tersebut ialah kata kerja tak transitif. 2. Golongan/kelas kata bagi "amat" dalam ayat tersebut ialah kata adverba. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 74) amat1 pgt 1 digunakan utk menguatkan kualiti tertentu yg terkandung dlm kata adjektif dan kedudukannya bebas sama ada di hadapan atau di belakang adjektif; sangat: Batuk ayah amat keras bunyinya. ♦Dia letih amat dan lapar benar sekarang. 2 digunakan utk menunjukkan darjah perbandingan yg penghabisan bagi sst kata yg mengikutinya; paling; sangat: Rancangan itu dirasakan amat baik sekali.♦Malam itu wajahnya amat tenang sekali. adv 3 digunakan utk menegaskan maksud perbuatan yg terkandung dlm kata kerja dan kedudukannya di hadapan kata kerja tsb; sangat: Swee Ling amat mengharapkan bantuan Jalal utk mengangkat meja itu.♦Pd saat begini dia amat memerlukan sokongan anaknya itu. Penggunaan sesuatu kata dalam ayat menentukan kelas katanya. | Tatabahasa | 17.05.2023 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Abang memang (mentah) dalam pelajarannya. (b) Kami (rendah) kawasan semak itu untuk mendaki Bukit Jong. (c) Pak Leman sedang (tajam) mata sabit itu. (d) Usahlah kamu (tajam) akan peristiwa sedih itu lagi. (e) Dia masih (keras) tidak mahu bertolak ansur dengan kawannya. (f) Oleh sebab badannya terlampau (lurus), dia enggan bergaul dengan orang. (g) Wajah budak perempuan itu sangat (tawar). (h) (Tawar) kerja di kilang kasut itu diterima oleh mereka. (i) Nasi lemak Mak Limah begitu (jalan) dijual. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah ini | Ayat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...". | Tatabahasa | 15.03.2017 |
bagaimana nk hantar karya sajak ya | PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku umum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti berikut: 1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. | Karya | 20.01.2023 |