Dalam soalan PMR 2011, no.9 Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. [Tiada kesalahan] Yang manakah betul? Adakah kesalahan dalam ayat berikut? Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. | Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. - tiada kesalahan dalam ayat ini Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. - Struktur binaan ayat ini adalah betul, mungkin terdapat kekeliruan dari aspek semantiknya. Oleh sebab pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan (melalui guru di sekolah) untuk memastikan sama ada ayat ini betul atau sebaliknya. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
apa fungsi imbuhan akhiran ( an) seperti namaan,kerjaan,pukulan,pergian dan sebagainya .. jadi apa beza diantara kata dasar dengan kata yang ada imbuhan -an ??? | Encik Muhamad Rdhwan, fungsi akhiran 'an' seperti yang diberikan contoh, kata kerja akan menjadi kata terbitan apabila diletakkan imbuhan an diakir kata kerja tersebut. Kata dasar ialah kata yang tidak berimbuhan manakala Penambah dlm ilmu bahasa sptber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar.Terima kasih | Tatabahasa | 13.02.2009 |
saya ingin tahu samada perkataan "dongibab" dan "kipidap" boleh diguna pakai untuk tujuan tugas rasmi kerjaan... contonya..#kipidap (hashtag kipidap) | Untuk makluman, perkataan-perkataan tersebut tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi kerajaan kerana merupakan bahasa slanga yang biasanya digunakan dalam percakapan harian. | Lain-lain | 09.12.2015 |
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih. | 1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat http://sabah.gov.my/about.asp. 2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |