| Bolehkah kata majmuk yang penggunaannya yang telah dimantapkan digandakan ?Cthnya olahraga-olahraga ataupun kerjasama-kerjasama.Harap dapat membantu. | Penggunaan kata majmuk tidak perlu digandakan untuk menunjukkan banyak, jika perlu boleh digunakan perkataan banyak atau pelbagai. | Tatabahasa | 19.10.2009 |
| Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. | Tatabahasa | 13.01.2015 |
| yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.11.2009 |
| Mohon pencerahan "di atas kerjasama" atau "atas kerjasama" ....Mane satu yang betul? | Frasa yang betul ialah atas kerjasama. | Tatabahasa | 05.11.2024 |
| saya mahu maksud "definisi kerjasama" | Kerjasama bermaksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama; | Lain-lain | 06.08.2010 |
| Di atas kerjasama tuan amat dihargai....atau kerjasama tuan amat dihargai.... yang mana lebih tepat dalam penulisan surat rasmi | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih". | Tatabahasa | 01.04.2013 |
| Selamat sejahtera, Berkat kerjasama/bekerjasa Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan cersih dan cantik (guna kerjasama /bekerjasama) Terima kasih | Ayat yang betul ialah Hasil kerjasama Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan bersih dan cantik. | Lain-lain | 23.06.2026 |
| Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb. | Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama. | Istilah | 27.11.2011 |
| Penggunaan dalam surat atau e-mel, Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai Atau Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai Terima kasih | Kedua-dua ayat “Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai” dan “Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai” betul dan boleh digunakan dalam penulisan surat rasmi. | Tatabahasa | 28.11.2023 |
| Salam 1Malaysia, saya ingin mendapatkan pandangan DBP berhubung penggunaan perkataan dipohon atau dimohon yang lebih tepat penggunaannya. Cth: Dipohon kerjasama tuan untuk.... @ Dimohon kerjasama tuan... | Tuan Jawapan yang lebih tepat ialah dimohon atau mohon sahaja. | Tatabahasa | 20.07.2010 |