"kesinambungan kerjaya beliau terserlah" adakah frasa tatabahasa tersebut betul? | Dari segi tatabahasa, frasa ini betul tetapi dari segi semantik, frasa ini tidak ada makna. Kamus Dewan mentakrifkan kesinambungan sebagai perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. | Tatabahasa | 22.07.2010 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.' | Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya". | Ejaan | 13.09.2011 |
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris.... | Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar. | Lain-lain | 18.03.2011 |
Janganlah kita pandang rendah kerjaya yang ada. Adakah ayat ini merupakan ayat perintah atau boleh dikategorikan sebagai ayat majmuk pancangan relatif. Mohon penjelasan kerana saya sangat keliru. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah. Ayat yang dinyatakan ialah ayat larangan. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
bagaimanakah seseorang mahu memulakan kerjaya dalam bidang penulisan? apakah landasan yang paling sesuai? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 22.04.2009 |
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini. | Sdr, Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini. | Lain-lain | 16.02.2008 |
Saya salah seorang pelajar dari jurusan Bahasa Melayu dari IPTA ingin bertanya apa skop kerjaya bagi jurusan saya? dan sekiranya saya berminat untuk mendapatkan pekerjaan di DBP apakah jenis pekerjaan tersebut? Harap pihak DPB boley menjawab soalan saya. | Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh tuan layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Tuan boleh mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Tuan boleh mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Personel. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan bergantung pada kekosongan jawatan yang ada. | Lain-lain | 24.09.2013 |
maksud dedikasi | Maksud dedikasi ialah 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu. T kasih. | Makna | 31.07.2008 |