Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; sekeropok sekelompok, seĀ­tompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keropok I

Puisi
 

Naik ke bukit terluncang-luncang,
     Nak ambil keropok air;
Apa sakit duduk membujang,
     Lepas menumbuk mencedok air.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
Slm, Mohon semak ayat di bawah betul atau tidak. a)Beliau pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana rasa keropok lekor yang sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekornya didapati terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilangnya. TqSelamat tengah hari,

Sila lihat pembetulan:
a)Beliau merupakan pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin.
b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana sedap dan harga yang murah.
c)Bahan utama keropok lekor diperoleh terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilang.

Sekian, terima kasih
Tatabahasa08.08.2016
Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. a) rapuh b) empuk c) liat d) rangupKeropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat rangup dan rasanya sangat sedap.
d) rangup
Tatabahasa21.09.2021
Jika bahasa inggeris nama produk diberi nama Curry Rice Cracker, apakah nama yang sesuai untuk bahasa melayu? Bolehkah saya guna Keropok Beras Kari atau saya perlu guna Keropok Beras Perasa Kari ?

Penggunaan perkataan yang sesuai ialah “Biskut Beras Perisa Kari”.

Tatabahasa04.06.2025
Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy?Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2022
Keropok di atas meja itu sudah lemau kerana terdedah kepada udara. pola ayat ialah? FN + KAdjektif atau FKerja? kata' lemau' ialah kata adjektif atau kerja? tq

Encik Yu,

Perkataan 'lemau' ialah kata kata adjektif. Oleh itu, pola ayat ialah FN + FA. 

Tatabahasa14.06.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang kesalahan pada papan tanda premis perniagaan yang saya dapat kenal pasti. Antaranya: 1)Perabut Rejek/Terpakai 2)Keropok Leko 3)Pusat Pakaian Alfa Boutique's Collection 4)Ikan Bakar SpecialStruktur tatabahasa yang betul dalam papan tanda perniagaan ialah:

a. Kedai Perabot Terpakai
b. Kedai Keropok Lekor
c. Pusat Pakaian ( DBP tidak berkuasa untuk mengubah nama kedai yang telah didaftarkan seperti ALFA BOUTIQUE'S COLECTION)
d. Kedai Ikan Bakar Istimewa
Tatabahasa22.04.2014
Apakah perbezaan antara rangup dengan rapuh? Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. A)rapuh B)rangup C)empukMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" bermaksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan  keterangan tersebut, kata "rangup" memberikan makna yang sama, iaitu "rapuh". Walau bagaimanapun, penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks.

Jawapan yang tepat ialah B)rangup 
Tatabahasa28.09.2021
Apakah perbezaan antara rangup dan rapuh?keropok udang/ikan/lekor yang rangup atau rapuh?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan  keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama iaitu "rapuh". Contoh ayat:  "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh".
Makna20.09.2021
rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul?Pandangan saudara boleh diterima.Tatabahasa29.07.2013
12

Kembali ke atas